KOTA KINABALU: Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata syarikat itu tidak mempunyai kuasa untuk menaik atau meluluskan tarif elektrik di negeri itu.
Beliau berkata selepas Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Elektrik 2024 diluluskan oleh persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, kuasa menentukan perkara berkaitan tarif elektrik terletak pada Jemaah Menteri Kerajaan Sabah atas cadangan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).
Madius berkata sebelum RUU itu diluluskan, hal ehwal berkaitan tarif elektrik di Sabah ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
"Saya melihat masih ramai yang keliru dengan perkara ini sehingga ada pelbagai pihak yang marah dengan SESB dan semasa persidangan khas DUN hari ini juga memperlihatkan masih ramai wakil rakyat yang tidak faham tentang hal ini.
"SESB berperanan sebagai sebuah syarikat utiliti yang berniaga membekalkan elektrik kepada pengguna... SESB hanya melaksana segala yang telah diluluskan berdasarkan apa yang dikawal selia dan dikuatkuasakan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
SESB-TARIF 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Terdahulu, persidangan khas DUN Sabah hari ini meluluskan tiga RUU berkaitan pengambilalihan kuasa kawal selia tenaga dan bekalan elektrik oleh kerajaan negeri daripada Kerajaan Persekutuan.
RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024 dan RUU Bekalan Elektrik 2024 itu diluluskan dengan suara terbanyak.
Madius juga berkata sehubungan itu, SESB tidak seharusnya dipersalah apabila ST pada 26 Dis lepas memaklumkan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun tahun ini di Sabah dilaksanakan di bawah mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Berimbang (ICPT).
"Keputusan pelarasan tarif ICPT itu di luar bidang kuasa SESB," katanya.
ICPT merujuk kepada mekanisme yang diluluskan kerajaan dan dikawal selia oleh ST di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi membolehkan kos bahan api diselaras setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global.
Melalui pelaksanaan ICPT, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah tidak akan dikenakan sebarang surcaj.
Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj akan dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj manakala pengguna bukan domestik dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata syarikat itu tidak mempunyai kuasa untuk menaik atau meluluskan tarif elektrik di negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan - SESB
Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan berikutan penyelenggaraan sedang dilakukan di Stesen Janakuasa Rugading, bermula Sabtu (25 Mei) hingga 2 Jun ini.
Kebakaran gudang: SESB dipercayai rugi RM40 juta
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dipercayai kerugian kira-kira RM40 juta susulan kejadian kebakaran di gudang penyimpanan kabelnya di Jalan Menggatal dekat sini semalam.
SESB rugi RM40 juta dalam kebakaran stor kabel
Kabel itu adalah untuk diagihkan ke seluruh negeri, kebanyakannya digunakan membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna.
Padah curi kabel elektrik, lelaki kritikal melecur
Tindakan seorang lelaki mencuri kabel pencawang milik SESB membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian berhampiran Kampung Gentisan di Kota Kinabalu.
SESB laksana catuan elektrik di beberapa kawasan di Sabah
Catuan bekalan elektrik terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir bermula semalam di beberapa kawasan di negeri ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini.
Petugas SESB bertungkus lumus baiki menara ERS di Ranau - Madius
Menurut Madius sekiranya dua menara itu tidak dibaiki dan tumbang, pantai timur Sabah akan berdepan dengan defisit bekalan tenaga yang kritikal.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan
Situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak iaitu 1,001MW.
Pengguna kuasa elektrik yang besar di Sabah disaran sertai DSM bagi kurangkan beban grid
ECoS menyarankan pengguna kuasa elektrik besar di negeri itu yang mempunyai set janakuasa sendiri untuk menyertai program DSM.
SESB guna inovasi teknologi percepat pemulihan kapasiti Stesen Janakuasa Patau-Patau
Sabah Electricity Sdn Bhd garap idea inovasi teknologi daripada pakar dalaman sendiri untuk meningkatkan kapasiti penjanaan Grid Sabah yang masih berada pada tahap kritikal.